HATIKU BERKATA-KATA:
Selamat Datang Ke Blog CERITACAHAYA

12 Ogos 2011

TAKZIAH

KAPAR – Hasrat seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hujung tahun ini tidak kesampaian apabila pengsan ketika sesi pembelajaran berlangsung sebelum disahkan meninggal dunia, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi, Wan Noorazian, 15, dikatakan sedang mengikuti sesi pembelajaran bersama rakan sekelas lain, namun secara tiba-tiba rebah dari bangku yang didudukinya.

Insiden yang berlaku itu menyebabkan guru dan rakan lain terkejut sebelum segera memberikan bantuan.

Difahamkan, mangsa yang segera dipindahkan ke bilik rehat sekolah berkenaan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan bapanya, Wan Harun Wan Jaafar, 59, yang tiba sebaik sahaja dihubungi pengurusan sekolah.

Wan Harun ketika ditemui berkata, sejak kecil, Allahyarham sememangnya mengalami masalah kesihatan berkaitan saluran kencing dan sering mendapatkan rawatan kesihatan.

Bagaimanapun, menurutnya, pemergian anaknya secara mengejut itu agak sukar diterima mereka sekeluarga.

“Sebelum ke sekolah pagi tadi (semalam), dia menunjukkan sikap agak pelik apabila tidak minum air selepas menjamah nasi, sedangkan kebiasaannya dia akan minum air selepas selesai makan nasi, namun kali ini berbeza sekali.

“Saya dan isteri juga pelik dengan gelagatnya yang tidak minum air hingga perkara itu bermain-main di fikiran kami, tetapi sekarang semuanya sudah terjawab, itulah petanda akhir yang arwah ingin meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), petang semalam.

Dengan nada sebak, Wan Harun yang juga Pegawai di Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Selangor berkata, ketika memangku, anak bongsunya itu masih lagi bernafas, namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Kakitangan hospital yang tiba bersama ambulans mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menolak dakwaan kononnya, anaknya mengalami keracunan makanan.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati buah pinggang Wan Noorazian berair yang dipercayai antara punca kematiannya berlaku.

“Saya harap tiada pihak yang mensensasikan perkara ini memandangkan pihak hospital sudah mengeluarkan keputusan bedah siasat yang dilakukan,” katanya.

Hadir sama melawat mangsa, Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob.


*smoga rohnya dicucuri rahmat..berehat la kaw disana wahai kawan..!

0 comments: